ceritapadadunia
-
04:55:09 pm on November 11, 2009 | # |
aishhhh
tak tahu lah kenapa
tiba tiba aku rasa macam berada di bawah bumi
macam semua tak kena
kenapa aa?
-main scrabble pun dah 2 hari tak menang menang walau satu game pun..menunjukkan aku tak fokus (ok, td baru menang 1 game..pheww.setelah bergame game)
-makan pun tak lalu, mungkin disebabkan takde makanan yang menarik kat rumah (tak bersyukur gila)..tapi tadi kluar pun takde nafsu nak membeli apa apa makanan sama ada yang tepi jalan mahupun yang dalam restoren..menunjukkan aku tak de rasa lapar nak makan..sungguh pelik
-takde perasaan nak bercakap dengan sesiapa pun…ok, aku memang semulajadi malas nak bercakap dengan orang kebanyakan (ahahaha bajet2 keturunan diraja pulak eh
), jadi maksud bercakap aku di sini adalah berkomunikasi, ntah sejak 2-3 hari ni aku malas nak berkomunikasi sama ada via fb ke ym ke msg ke..dgn sesiapa shj…menunjukkan aku seolah-olah memulaukan diri sendiri dari orang luar..damn-asyik rasa banyak kekurangan dalam diri..berfikiran bukan sahaja negatif..tapi super negatif..semua tak kena, semua pada aku tak bagus, dan pada orang lain lebih bagus, menunjukkan yang aku sangat sangat down
-merasakan yang sangat benci facebook sebab tu bukan ‘dunia’ aku..menunjukkan aku cuba lari dari realiti, atau selama ni aku tak jumpa lagi di mana realiti aku sepatutnya
-menjadi sangat bergantung kepada mokhsen, aku sepatutnya telah boleh berdiri di atas kaki sendirik, well, aku dah cuba untuk 2 tahun dan berjaya, tapi sejak 2-3 hari ni, aku rasa macam aku asyik bergantung kat dia, which means, aku asyik mengganggu waktu dia berehat, ye aku mmg gf yang baik, sebab sangat tolerate waktu dia rehat, tapi bukan akhir akhir ini..menunjukkan aku takde kawan lain yang aku super selesa, cuma dia je, tapi dia pulak sibuk, kesian la aihhh
kenapa dengan aku ni ha?
aku ingat lagi, masa 2nd year kot, ada kaunselor kat usm tu
aku, nani, n sal g la jumpa dia, buat personaliti test
lepastu dari result test aku menunjukkan aku ni macam orang yang takde perasaan tau..ok la tu, sebab aku rasa ramai je pun sedia maklum
yang tak sedia maklum, kaunselor tu cakap kat aku
‘kalau awk macam ni lagi, awak berkebarangkalian dapat penyakit mental nanti’
dia suruh aku jumpa dia lagi beberapa session
tapi sebab aku sibuk study (*teeet* tipu, sebenarnya sebab malas nak masuk dalam,maksudnya jugak, malas g kelas la ni) aku pun tak teruskan sessi kaunsling aku tu
dah beberapa tahun berlalu,
aku masih terpikir pikir kata kata kaunselor tu
weyh..sesapa doktor ke pyschatric ke yang baca blog aku ni
betul ke wey aku boleh jadi mental tak lama lagi?
bengong
