kenapa kena sedih masa nak berpisah je..

tak paham aku dengan manusia

kenapa lepas benda/manusia/binatang/sesuatu tu dah takde..dah pergi atau hampir hampir nak pergi baru sibuk nak sedih??

baru sibuk nak flash back semua benda baik dia buat??

****h..

contoh satu:

ada seorang kakak kat opis aku yang majoriti semua tak suka

dia memang mulut lazer

suka cakap direct

aku tak la tak suka dia tapi tak jugak tak suka

tapi ada la mangkuk2 yang memang tahap mengeluarkan pernyataan

‘kte memang tak boleh lah dengan dia..memang tak boleh ngam..’

sekali kakak ni berhenti

dan pada majlis perpisahan

si tak boleh ngam ni lah yang beria sedih

kenapa eh??

aku pulak, sebab aku tak la baik ngan dia pun

aku cuma salam dia dan cakap ‘sorry eh kalau ada pape :)

dah abis cerita

buat apa nak nangis bagai ala2 tak nak kasik orang tu blah kalau selama ni kau memang penah cakap

‘bila la pompuan tu nak blah??’

contoh dua:

bila membaca blog gossip artis

dan ada gamba2 hot pasal artis tertentu..bukan main lagi..kutuk artis tu

sekali..nasib tidak begitu baik..artis tu meninggal awal

dan2 masa tu beramai2 cakap

‘sedihnya….’

‘akan merindui dia’

paling aku rasa pelik

‘writer, kalau boleh remove la post pasal artis tu yang mengaibkan dia..’

habis tu masa dia hidup dok pos benda tu tak aib??

masa dia hidup ko duk kutuk dia ko pk sempat ke ko nak mintak maaf…

pelik ahhh

p/s aku patut berhenti baca blog hiburan..sigh~

contoh tiga:

perempuan yang suka berkawan berpuak2

setiap hari grup A akan kutuk ahli grup B

tiba2 satu hari salah seorang ahli grup B terpaksa pergi, ke tempat lain

dan2 e-mail dihantar ke semua loop grup B dan A menyatakan

‘tak kira di mana kita akan kawan sampai bila2′

huh..pesal masa dia depan mata ko kutuk bagai

bila dia nak blah baru la hegeh nak

pren poreber la

i lop u poreber la

shitty shit ah

ok bai

sangat mengantuk!

sindrom perempuan tua bekerja

melalui pemerhatian aku

aku dapat buat kesimpulan

yang kalau seseorang perempuan tu

bekerja untuk tempat yang sama

lebih dari 10 tahun

dan bergaul dengan orang2 yang lebih kurang sama

sepanjang tempoh itu

mereka akan mendapat sejenis penyakit

penyakit yang aku namakan

sakitmakcikkepohkampunganpenakutbelakangkutukmacamkonsertrockdepanbuatmukabaikpadahalperangaimacamfuckingmotherfuckersonofabitch

sakit mereka2 ni melibatkan perangai buruk berikut

-mengutuk dan mengumpat berbakul2 di belakang seseorang yang mereka target..tak kira siapa..tapi bila depan orang tu takde maknanya dia akan cakap benda sebenar..buat2 muka manis…putuiiihhhh

-bercakap berdegar2 tentang sesuatu yang mereka tak puas hati..tiba bila kena declare depan..terus takut macam tikus..diam..buat muka baik..ini berlaku terutamanya depan bos..booooo

-busuk hati..pantang nampak orang lain dapat lebih sikit, walaupun hasil usaha orang tu..mula la mereka2 ni carik salah individu terbabit..

-buat lawak bodoh yang aku rasa tahap raja lawak je..sorry la i tak main la lawak2 kelas bawah ni..contoh lawak2 yang aku rasa sangat bodoh adalah a.lawak seks bawah kelambu main dengan laki dia..booo sedih..lawak pasal agama…orang suruh istirghfar pun di buat2 lawak..bangang kan???

-ikut kepala sendirik tapi kepala hotak bodoh..camne tu??contoh nak buat majlis..makcik2 ni suka lah nak jadi pengurus..tapi lepastu mengeluh..orang a tak nak..orang b tak best orang c malas..bila disuruh ajak berbincang..dia kate tak payah..bodoh..batch aku buat sumbangsih masa form 5 lagi pandai handle majlis..kesian

-suka menunjuk2 tapi kalau ada orang yang tunjuk lebih sikit dari dia..dia tak puas hati..contoh..kalau hari isnin je beria2 cerita ‘aku beli bag baru’ ‘aku soping kat pavillion’ tapi..bila sorang lagi lalu pakai gelang banyak sikit..terus dikutuk2. cakap laki orang tu bukan pilot tapi technician je la..ehh geli lah aku gaul ngan orang macam ni

-cepat terasa hati..bila dia dok sindir2 orang bukan main…tapi bila kena batang idung sendirik mula menggelabah…ek eleh..tak leh kena tak yah la kenakan orang dok??

kesimpulannya

perempuan ni kalau dibenarkan kerja memang banyak masalah sebenarnya

sebab tu aku berdoa

mosen cepat kaya

kalau ada anak nanti

dan mosen dah kaya

aku nak berenti

dok rumah jaga laki jaga anak lagi baik

dari jaga pompuan2 kepoh!

semoga kau bankrap atau eksiden esok lusa!!

pesanan ringkas

jangan amik nurul izzah catering

makanan dia agak sedap

tapi bos dia sangat ****i

kakak aku berbincang dengan baik

‘keluarga saya sangat pentingkan rasa makanan..even atok dan nenek saya pun..pasal harga tak kesah sangat’

tapi

bos dia yang berlagak tu cakap apa…

‘ala atok nenek awak tu dah tua makan pun sikit..ntah2 esok lusa (dia tunjuk jari  bengokok’)

kurang ajar lah kau pakcik

entah2 kau yang ‘berambus’ dulu esok lusa

kalau macam ni lah attitude kau

memang minggu depan bankrap laaa

aminnn

p/s..dalam dunia ni buat lah apa kat aku.aku boleh layan.tapi bukan family aku ok?? lempang kang!

must watch movies!

sebenarnya aku bukan lah peminat movie pun

rasanya jarang sekali aku tengok wayang sebab aku sendrik nak tengok

selalunya di ‘tarik’ oleh orang lain

walau bagaimanapun

ada beberapa movie yang aku rasa korang patut tengok

dan cerita2 ini jugak dah lebih 5 kali aku ulang

(ye bear in mind aku susah sangat nak suka benda..tapi kalau suka tu berulang2 kali aku sanggup)

1. my left eye sees ghosts

dibintangi sammi cheng

cerita ni kluar masa aku form 4 ke form 5 kot

kelakar banger

tapi sedih sebenarnya

dulu masa aku single aku tengok cite ni gelak2 je..fokus pada lawak..hantu cina yang bongok

tapi baru2 ni lepas dah kawen..dan aku tengok balik

ada hidden message..sedih :’(

jadi kepada couple yang seperti aku dan memo minggu ni.(tengah bajet sebab kekurangan kewangan :P )

g la carik cd tu dan tengok kat rumah

best gila!

2. 3 idiots!

amir khan dan kareena kapoor

aku tak minat langsung bollywood

tapi…cerita ni memang dah berkali2 aku tengok..siap hapal lagu dia perghh

dan..kenapa aku tertarik??

sebab bos aku kat HQ seorang berbangsa CINA

yang tulis review cerita ni

aku fikir mesti cerita ni betul2 bagus

dan…memang bagus gila

kelakar! dan paling penting banyak pengajaran

tapi, yang lagi best..tak de lagu2 yang meleret2 sari warna warni melayang2 ye

3. segala jenis shrek

suara oleh cameron diaz

semua cerita shrek aku suka

dari 1..sampai la puss in boots yang tiada kaitan pun dengan shrek

sebabnya adalah, sebab hero dan heroin dia tak perlu cantik dan berbadan model

tapi..akhirnya dieorang gembira

dan sherek adalah ogre yang selamba tak payah nak upscale..duduk dalam lumpur pun kehidupan bahagia..

sigh

4. mulan

pun cerita kartun

aku suka sebab hero-in dia tak macam princess2 disney yang lain

mulan adalah gagah tetapi comel

bukan ariel, cinderella, atau mana2 puteri yang melawa je keje..cliche

 

hmphhh

aku rasa 4 tu je lah yang aku tengok banyak banyak banyak kali

dan kalau sesiapa nak belikan aku hadiah

boleh la..kasik cd original di atas

hahah

tapi..walaubagaimanapun ada je cerita2 lain yang best yang aku layan

cuma tak lah gila macam cerita kat atas

antaranya…

300 days of summer, songlap, talentime, cerita2 stephen chow, mr bean the movie, the lion king, citer2 p.ramlee

ok lah

teman memo layan flubber jap…

tentang langkawi…

hello kuala lumpur…

saya tidak berapa suka anda…

jadi..saya akan kembali ke mode bercuti dan menulis review untuk percutian langkawi…

1. tempat penginapan

rupanya banyak hotel/motel/homestay kat langkawi ni..dari yang bajet sampai lah yang splurge

tapi pada pendapat aku..ikut lah apa yang kau nk buat kat sana

kalau rasa nak honeymoon duduk dalam bilik syok2 pilih la hotel yang mahal dan lomantik..ditepi pantai..contohnya westin…takpun rebak marina

tapi, kalau korang bajet, dan kedekut serta tak banyak duduk bilik macam kami..duduk motel pun ok

aku duduk kat 1baron motel..kat area pekan rabu..

motel baru, agak murah, yang penting bersih

paling penting dekat dengan jeti untuk ke island hopping..

boleh jalan kaki ke jeti sendirik…lepas mandi manda kat tasik dayang bunting

tak yah bilas2 jalan je ke motel.hohoho

2. kereta sewa

tak payah book lah awal2

sebab anda boleh dapat good bargain kat airport

cuma kena berhati2 lah

aku dapat vios/sentra dengan harga rm250 untuk 3 hari

agak berbaloi lah

sebab viva pun dah rm80-100 gak

cuma dicadangkan kalau 2 orang amik la kereta yang tak makan minyak sangat

jangan amik sentra

sebab consumption minyak dia sangat la melampau..

3. island hopping

oleh sebab lama gila tak island hopping

kali ni aku pergi la island hopping

sekali lagi..tak payah book2 awal pun ok

carik2 flyers dekat2 hotel jumpa

aku jumpa yang rm35 per person

bawak 3 pulau

sempat lah aku mandi kat pulau beras basah

dan berendam kat tasik dayang bunting

1 misi tahun ini berjaya..untuk berendam di tasik dayang bunting

4. jalan jalan lain

untuk jalan2 tempat lain seperti makam mahsuri, underwaterworld, cable car

aku rasa menarik la jugak

cuma sebab aku baru jugak pergi 2-3 tahun lepas

jadi aku rasa tak berbaloi sangat nak pergi lagi

sebab agak mahal dan kami takde anak2 pun nak bawak tempat2 cm tu

5. manusia

yang ini paling best

kat langkawi macam2 manusia aku jumpa

yang pompuan melayu tak payah cakap la

feeling2 kat hawaii agaknya

dengan gedik2 nya tepi pantai

alahai nak muntah ijo aku

pastu paling tak boleh blah

island hopping sibuk tacap mekap

hoi..kau ingat helang2 terbang tu nak puji ke muka kau cantik

ke sebab takut boipren ko lari tengok ko takde mekap..hahahah

tapi..ada jugak orang baik

ada tourist yang siap tanya kteorg..

‘boleh ke dia nak pakai bikini’

pandai gak die respek negara orang

orang local pun baik…

dan kawan2 musin yang tak sengaja kami bercuti bersama pun best

ok lah

tak feel langsung tulis blog kat opis

tak dapat fokus

bai!

makcik makcik sangat makcik

aku suka bercerita

tapi aku rasa aku tak suka berlagak

tapi..aku tak tau apa masalah perempuan2 kat opis aku

yang suka sangat berlagak

sejak kecik aku sekolah semua perempuan…

tak penah ada masalah maksik2 kepoh mulut busuk

masuk u pulak kawan2 pompuan aku jauh sekali la nk bersikap makcik2 tepi tingkap

kat rumah..memang la kami ala2 anti sosial…balik2 ngan family je

takde masa nak berlagak2..mengepoh2 mengutuk2 orang sini sana

tapi..sebab duduk kat opis..sehari lebih lapan jam

mebi makcsik2 tu rasa penting untuk berperangai phuaka begitu (pinjam ayat pisat)

aku pulak..kalau tak tahan sangat

aku smashmouth kan aje

berikut adalah beberapa adengan aku mensmashmouthkan makcik2 mulut berbuih tu

1. tajuk: cuti2 bajet

tadi petang..masa aku surf2 internet

tiba2 seorang makcik menyebuk2

dia tompang tengok jam2 yang jual kat uk

lepas tu tetiba dia cakap ngan aku

‘wey, dari kau pergi cuti tempat kecik2 tahun depan tu..baik ko g uk ni ha..’

geram betul aku..tau tak cuti2 kecik dan bajet tu hasil usaha aku dan memo *tsk

pastu aku cakap

‘tak nak lah..saya da pernah pergi uk’

dia jawab

‘ala..tahun bila kau pergi tu???dah lama kan???’

aku cakap

’2003′

dia senyap kejap

lepas tu cakap lagi

’2 tahun pun dah banyak beza..apatah lagi dah banyak tahun’

geram betul..aku pun jawab

‘tak nak..bukannya best pun uk tu..takde sebab saya kena pergi sana balik’

dia senyap..lepastu cakap

‘sukati kau lah’

dalam hati aku..’memang la sukati aku..duit aku, sukati lah aku nak pergi mana!’

2. tajuk: orang kampung

sewaktu berbincang mengenai isu semasa

tiba2..seorang maksik berkata

‘aku rasa budak2 baya kau ni lah yang suka nak buat hutang..lepastu tak bayar’

‘beli barang tak ingat2..stroller baby sampai beribu2..siap order online huh’

lepastu aku cakap

‘saya rasa yang lebih banyak adalah orang2 yang tua sikit dari saya..saya rasa diorang yang lagi banyak komitmen’

maksik2 cakap lagi

‘takdelah..budak2 baya kau ni lah..tak mampu nak beli barang branded..beli jugak..lepastu berhutang..ntah apa lah’

dengan selamba aku cakap

‘saya rasa yang banyak orang2 atas sikit dari saya…lepastu yang dari kampung, baru masuk bandar, baru dapat kerja best sikit dah macam2..macam jakun jadinya’

tiba2 beberapa ketul maksik tu terdiam..yela sume2 tu orang kampung

dalam hati aku..’hmhhh banyak cakap..senyap lah’

hmpppp

okeh tu cte dalam sehari

cuba bayang kan tiap2 hari

kadang2 aku layan

kadang2 aku feeling2 bz

ok lah..memo tengok konsert 3 diva ape benda ntah potong je aku nk tulis

later!

reminder to self

jangan makan eskrim berperisa buah

tak kesah la basket robbins ke ben n jerry ke wall’s ke

nooooooo

ice cream adalah

ice (benda yang sejuk)

dan cream (benda yang berlemak)

benda yang sihat sihat seperti buah2an tidak sesuai

UNTUK AKU!

sekian

-dari orang yang bercita2 nak badan model tahun depan :P

p/s memo mari ke basket sabtu ni ada diskaun 31%!!

azam tahun baru saya

hi

selamat lima hari terakhir 2011…

jadi tahun depan aku nak buat azam

jarang sekali aku buat azam

(atau sebenarnya jarang aku ikut???)

berikut adalah azam aku…

1. bercakap kurang

boring betul bercakap..(atau dengar orang cakap kuat2 dan gelak over2)..jadi tahun depan aku akan lebih banyak mendengar..contohnya kat dalam kereta..aku pot pet pot pet…mosen senyap je..damnnn…kadang2 aku siap cakap ‘momo..dengar taK????huh! malas lah nk cerita lagi’..tapi lima minit kemudian aku akan pot pet2 lagi..jadi..momo..bersedia sebab tahun depan saya akan lebih banyak mendengar :P

2. mengembalikan bentuk badan yang menawan

wakakak sejak bila pulak aku ada badan model kan???masa kawen tu pun nasib2 je terkurus 2 kg sebab pakai benda2 menguruskan badan..tapi…tahun depan! aku akan pastikan mendapat berat badan ideal…aku nak jugak 48 kg…nak jugak..nak jugak…dan aku akan buat sendirik..malas lah nk cikgu2 diet ni..hampeh je hint2 pisat :P

3. mendapat simpanan yang banyak

aku nak pastikan aku ada rm50,000 dalam savings aku..pada 31/12/2012 aku akan pastikan aku ada jumlah itu..untouched!!!kenapa? banyak sebab..mungkin sebab aku nak berhenti keje awal…atau sebab aku nak beli kereta tahun depannya..atau sebab nak beli rumah..apa2 lah cuma aku nak pastikan aku dapat sebanyak tu..ha…nanti sesape nak pinjam boleh lah apply personal loan dari aku..interest free :D tapi aku pun akan buat background checiking dulu :P

4. membaca buku

aku benci pulak big bad wolf tu..sebabnya adalah..sebab buku dia sangat murah..jadi aku beli belambak2 dan hasilnya aku tak baca pun buku2 tu..sobs..sedih..aku lagi suka perasaan susah nak beli buku yang mahal..dan berusaha habiskan buku tu..sengal kan..tapi..tahun depan aku akan pastikan aku baca 2 buku baru setiap bulan..

5.bekerja dengan gembira

cukup2 lah aku kerja sampai penat otak..mulai tahun depan aku nak kerja dengan misi: mengisi masa lapang,mengisi duit poket sendiri dan mengurangkan masa tidur..huh…tapi..aku akan pastikan aku hasilkan kerja yang bagus..cuma malas nk fight untuk itu ini, untuk gaji, untuk pangkat..ada ada lah..kalau takde malas nak bertegang urat…lagi pun duit aku cukup  je selagi aku tak gatal mata dan tangan membeli apa yang tak patut aku beli..

6. berfikir sebelum membeli

aku kedekut jugak sebenarny..aku beli jeans dan pakai bertahun2..aku suka sangat pakai baju yang dah bertahun2..tapi..aku jugak suka je beli baju/barang baru..aku amik tak berfikir..lepas tu tak guna…lepas tu kasik orang..sedih…jadi,..tahun depan aku akan berfikir2 sekurang2nya 5 minit depan kedai tu sebelum beli..hohohoho

7.membuat kerja amal

tahun depan aku nak pastikan aku akan buat sekurang2nya 10 kali kerja amal..be it zoo negara, atau rumah kanak2 atau rumah orang tua..apa2 je lah yang akan menyebabkan aku dapat 10 kali buat..aku rasa seronok sangat buat kerja takde balasan..contoh pergi zoo negara, macam best je…penat la jugak, dah la takde alowance apa2 tapi, seronok gila…aku suka la benda2 macam tu..

apa lagi eh??

hmmm nanti lah kalau ada aku tulis lagi..

bai!